10 March 2011

D E M A M B A T U K S E L S E M A

Jumaat lepas 25/2/2011 kami balik ke rumah tok Adam kat Singapore. Ntah macamane Adam kene demam selsema.. Hidung berair jer.. Ubat lak mama tak bawa, sebab Adam dah lama jugak tak sakit.. On Saturday, 26/2/2011, Adam genap 6 months.. Mama rasa Adam demam sebab nak tukar bulan kot..(Mitos orang2 tua :P) On Sunday tu ingat nak bawak Adam pegi klinik kat Singapore ni, tapi sampai2 ramai sangat pesakit nyer.

Petang baru ade kosong. So 2nd plan, kitorang pun pegi laa pharmacy kat sane. Tiba-tiba kitorang jadi kagum lak. Sebab nyer banyak betul pilihan ubat2 untuk baby kat Singapore ni. Semalam masa keluar, babah dah beli panadol kids (yg ade gambar penguin tu)  untuk Adam. Tapi bile sampai pharmacy ni, ade jual panadol special untuk baby.. sukatan ikut bulan.. hm..kagum2.. Tapi mama tak beli pun. Pharmacist kat situ advise untuk beli Calpol (ubat demam) & Prospan (untuk selsema). Balik tu, terus bagi Adam makan ubat. By Monday, mama amek cuti jaga Adam sebab nak pastikan Adam betul2 dah baik.. Alhamdullillah, demam Adam dah ilang. Tinggal selsema sket jer..




* CALPOL® Infant Suspension contains Paracetamol, can be used in infants from 2 months old (weighing over 4kg and not premature).


* Prospan chesty cough relief - Prospan's ivy leaf extract provides proven cough relief. Prospan helps clear mucus from the airways, resulting in reduced coughing. 0-2 yrs 2.5ml ............. 2 times per day

Tapi lepas Adam baik demam & selsema, tiba2 penyakit batuk lak datang. Siap dengan kahak lagi.. Adam mula laa tak selera minum susu.. Hm.. So, ari Khamis 3/3/2011, mama bawak Adam g Klinik Taman Daya dekat rumah ni.. Doktor bagi Adam sedut nebulizer & bagi Adam ubat batuk, kahak & sakit tekak. Kesian Adam, nangis2 masa kene sedut gas tu.. Hm..nak buat macamane.. Tabah kan jer laa hati ni.. Doktor cakap pernafasan Adam not so good. Malam lepas balik dari klinik tu Adam demam. Esok nyer, Jumaat, mama cuti lagi jaga Adam.. Mama bagi ubat demam yang dah ade kat umah jer, sebab semalam Adam tak demam pun. So doctor memang tak bagi Adam ubat demam.
Malam Jumaat tu kitorang balik Seremban, sebab ingat Adam dah ok. Masa tu badan die response laa pada semua ubat. Ntah macamane, hari Sabtu tu Adam demam panas. Bila bagi ubat, panas tak turun sangat pun. Kalau basah kan badan, sekejap jer turun. Masa tu Adam memang dah tak pakai baju dah.. Pakai pampers jer.. Yang jadi makin teruk, bila bagi ubat batuk & kahak, Adam muntah balik. So batuk kahak Adam jadi makin teruk.
Malam tu mama tak tidur jage Adam.. Adam susah nak tidur sebab badan panas.. Hm..Pagi-pagi hari Ahad tu (6/3/2011), kitorang bawak Adam pegi klinik jumpe doktor. Lepas tu.... Sambung kat next entry k..

No comments: