28 April 2011

Treasure Hunt KL-PD


Last weekend, kitorang pergi treasure hunt, organized by my hubby's company sports club (MISC Berhad). So pagi2 lagi mama dah siapkan barang2 semua, siapkan Adam & kejut baba a.k.a driver untuk hari ni.. huhu.. Adam tak mandi pun pagi tu.. Cejukkk. Takut Adam demam :P Dengan mata yang masih terpejam, Adam follow mama & baba bergerak ke tempat flag off iaitu bangunan Dayabumi. Kitorang sampai dayabumi dalam pukul7. Sampai2, mama dukung laa Adam nak ke tempat organizer untuk amek T-shirt & sticker kereta. Turun2 jer kereta, Adam terjaga.. Tak berkelip Adam tengok bangunan Dayabumi tu.. Siap mulut terbukak lagi.. huhu.. Jakun sungguh Adam pagi tu.. haha.. Tu laa first time Adam tengok bangunan tinggi2..

Lepas dah dapat baju & tampal sticker kereta, mama sempat suap Adam biskut utk breakfast. Baba lak makan breakfast yang organizer dah sediakan.. Mama ade burger McD dalam handbag.. sempat pau baba kat sungai besi tadi.. nyum2.. Tapi tak tau bile nak makan.. kene dulukan hubby & little Adam dulu..

By 745am, ade briefing sket oleh En. Fuad Dahlan, selaku organizer & otai dalam TH industry.. Orang sibuk dengar briefing, mama kat belakang makan burger McD (sausages mcMuffin + egg).. Tahun ni gambar briefing tak cantik sebab buat kat bawah bangunan coz hujan..

Lepas tu masing2 bergerak ke kereta untuk flag off. Route TH tahun ni dekat jer, dari KL-PD. Tapi yang mencabar nyer, dorang buat 3 parts & kene abes kan dalam mase yang singkat. So, time management sangat2 penting.. Check point Part 1 di RNR Nilai from 9.30 to 11am, part 2 di Restoran Sri Puteri, Nilai from 11am to 12.30pm & part 3 di Avillion PD itself from 1pm to 2.30pm. Soalan for the next part will be given when we submit the previous part.

ape yang penting.. kerjasama :D Baba & teamate, Wan Zamir
Mama dah budget, soalan kat Nilai mesti tough.. Sebab dah terkene dulu mase join TH Sime Darby. Mase tu pun ade stail part2 ni.. Memang hampir2 kene penalty.

Soalan untuk part 1 di Bandar Baru Bangi. Memula, memang kitorang mendahului yang lain. Tapi time 3 soalan terakhir kat Bandar Baru Bangi tu kitorang sangkut lama.. Sebab direction tulip yang diberikan tu pun agak mengelirukan. Nasib ade group otai yang sudi tunjuk direction kat kitorang.. huhu.. Dari 3 soalan ni, 2 soalan kitorang salah jawab. Ni laa soalan nyer..

Q12. Your routine has an edge with advertisement

your routine = Lifestyle
pastu xtau laa camane bole dapat vantage tu :D (nnt dah dpt i update)

Answer - Vantage Lifestyle

Q13. Sweet delicacy a party takes a crack at
Hint = Sweet delicacy
A party = PAS
Crack = TRY

Answer - Pastry @ Restoran xxxx
Dari Bandar Baru Bangi, kitorang bergerak ke Nilai, tempat tu sama jer dengan tempat masa TH Sime Darby dulu, tapi soalan tak same.. Kitorang amek mase yang agak lame jugak. Sebab jawapan untuk salah satu soalan kat situ kecik jer.. tapi nasib baik jawab betul. By 12.00pm kitorang dah bergerak ke check point 2 di Restoran Sri Puteri, Nilai. Nasib kitorang gerak awal, sebab restoran tu selepas pekan Nilai. Masa tu, jalan jam pulak. Cepat2 kitorang kol kawan2 yang tak gerak lagi supaya bergerak.. Kang tak pasal2 disqualified laks.. Tak syok lak klau menang tanpa bertanding :D

Ni laa Restoran Sri Puteri, checkpoint 1. Dah laa jln jammed, hujan lak tu.. Nsb kitorang on time..
Part 3 lak di Port Dickson. Untuk 5 soalan terakhir tu kitorang jawab selepas pukul 2.30pm. Kitorang pilih untuk proceed jawab sebab soalan2 last tu agak senang jugak. Dari dalam kereta dah bleh jawab, so memang tinggal nak cari kedai jer.. Kecuali soalan yang ke 4 last tu.. Ni laa soalan nyer..

Q32. Heard you need to leave for new MISC crate
heard you = u
need to leave = annual leave = al
new = anagram rearrange
u + al + misc = musical
Crate = Box

Answer - Musical Box

Kesimpulan dari TH kali ni.. Kadang2 kitorang memang boleh jawab, tapi tak jumpe cari kat kedai.. Soalan custom made a.k.a yang ade 'MISC' agak susah.. Kebolehan untuk menjawab soalan treasures sangat2 perlu ditingkatkan. (memang tahap kritikal..)

Alhamdullilah tahun ni kitorang semua selamat sampai & dapat no.6 out of 8 untuk kategori Open. So tahun depan still kene duduk dalam kategori open jugak. Kitorang dapat 118/150 marks, rendah sket dari tahun lepas.. Tapi tak per sebab tahun lepas soalan senang sangat.. Tahun ni memang mencabar kebolehan kitorang.. :P

p/s: Fuad Dahlan pesan, jangan risau kalau jawab soalan TH tak betul, sebab orang yang boleh jawab soalan TH betul sebenar nyer tak betul..

Bile nak abes ni mama.. ~Pancaran mata kasih dari Adam..

Wah..syiok nyer duk hotel.. Model tak rasmi Avillion PD


One happy family.. kat tepi pantai ni.. tapi xnampak pantai pun.. hahaha..
 
Spiderman return.. Adam masa dinner malam tu..

26 April 2011

~ Welcome to Muhammad Khalif ~



Welcome to Muhammad Khalif..

Ni laa sepupu Adam yang baru lahir!!
Comel sangat.. Kecik2 dah pandai senyum..
Geram.. rase nak gigit2 jer..

Details:
Name: Muhammad Khalif bin Muhammad Adziim
Gender : Boy
Birth Of : Nurul Hezlin
Date of Birth : 14 April 2011 @ 8.30am
Place of Birth: Hospital Pantai, Kuala Lumpur
Weight: 2.75 kg


Khalif with Mummy
 
Khalif tidur dengan Daddy :D


Khalif with Abg Adam.. ~cepat2 laa besar.. nnt kter bleh main same2..
   

25 April 2011

Incek Adam dah sihat~

Alhamdullilah, Adam dah sihat kembali. Seronok sangat bangun pagi tadi & tak dengar bunyi kahak langsung. Semoga Adam sentiasa sihat selalu.. Dah lame tak update blog, sebab nyer Incek Adam jatuh sakit.

Adam tak demam & selsema pun. Tiba-tiba ari Selasa hari tu, lepas amek dari Taska, Adam berkahak & hidung berair jer.. Malam tu, dari pukul 12.00 sampai ke pagi Adam nangis jer sebab tak boleh minum susu & tidur.. Sian anak mama.. Petang esok nyer, mama bagi Adam ubat selsema, untuk keluarkan kahak Adam. Tapi takde effect ape2 pun.. Malam tu, jadi lagi. Nasib mama dah stand by Ventamol (terpakse bagi sebab Ventolin dah abes :P). Pas bagi ventamol, baru Adam respond. Adam dah bole breathing dengan selesa. So dapat laa Adam tidur malam tu. Tapi dalam pukul 4 pagi Adam bangun sebab lapar. Nak minum susu tak bole, sebab kahak pekat lagi.. Pas mama dukung Adam kejap. Baru mama bagi Adam susu..

Pagi nyer, mama pun bawak Adam ke klinik. Mama dah blacklist kan dah klinik pakar kanak-kanak lee kat johor jaya ni.. Sebab nyer masa mama bawak Adam, doktor tu cakap Adam takde ape2.. Die cakap, klau Adam tak mau minum susu pujuk laa sket.. Huhu.. bengang giler..

Balik dari klinik tu Adam buat perangai pulak.. Tak mau duduk dalam car seat.. Lepas tu die nak tdur peluk mama.. huhu.. Sape lak yang nak drive.. Sudah nyer, mama drive sambil pangku Adam.. Nasib semue nyer ok.. kitorang selamat sampai rumah tanpe kene tahan polis :P


Tengahari tu, baba balik rumah, nak bawak Adam g klinik lain lak.. Kitorang g klinik Pertama kat Johor Jaya pulak as recommended by kawan office baba. Klinik ni agak oldskool, tapi semue nyer masih kemas & bersih. Doktor tu preskrip Adam dengan Ventalin, ubat alahan, selsema & demam untuk back up. Alhamdullilah, Adam respond pada semua ubat2 tu.. And pagi ni, semua kahak dah hilang.. Tamat laa hari2 ding dong mama ( huhu.. sebab bermalam2 tak cukup tidur..)

p/s: Thank you to Tok Adam sebab datang support a.k.a tolong jaga Adam :D

20 April 2011

How’s your child feeling today?




How’s your child feeling today?
Is he a Cutey Pie as always or a lil’ Grumpy?
Learn how they feel today!

07 April 2011

Moods for foodies..

Sekarang ni i tengah in d mood for foodies yang sedap2.. Sebab i tengah posa ganti.. huhu.. So jom tengok antara makanan yang best di Singapore selain makanan yang sedap2 di rumah my mum are :-
  1. Sup Tulang Merah & Chili Crab di Newton Hawkers Centre - There are many stalls there, choose the halal & many customer one. I cannot the remember the shop no. we used to eat laa.. :P normally the sup tulang merah serve with french bread. But we always order fried steam bun (normally served in Chili Crab shop) to eat with both dish. Don't forget to order Lemon Tebu for drinks..
  2. Ayam Bakar Ojolali di Lucky Plaza, Orchard Road (but the plaza not so convenient, crowded with Philipinos)– choices of food that you should try kat cni beside Ayam Bakar Ojolali itself, bole try Ayam Goreng Ojolali, Ikan Gurame & Milkfish. A must try drinks - Es Ojolali (iced pink coconut), Avocado & Soda Gembira.
  3. Murtabak Zam Zam di Arab Street - try the medium or large size for a different experience. They used shredded chicken meat for filler. Nyum2..
  4. Nasi Lemak kat Adam’s Road, - kene datang awal takut abes. Don’t worry if the queue quit long. They serve their customer quit fast. Sekejap jer nnt dah smpi your turn. Just pray the nasi lemak not finish up until your turn :D
  5. Nasi Ayam di MacKenzie or Prinsep st., - Old school Chinese taste of Nasi Ayam Steam.. They also have Roasted Chicken. And their Fried squid taste good too..
  6. Hajah Maimunah Restaurant – nasi campur. Asam pedas, masak lemak, ikan bakar.. Semua sedap2.. Plus, ade macam2 kuih traditional yang best2 kat cni..
  7. Karipap di Old Chang Kee – currently dah ade kat KL. But never taste it yet. Tak tau laa rase same ker tak.. Masa memula datang Singapore dulu selalu beli untuk makan petang or alas perut masa shopping. Sebab dekat certain shopping mall takde Halal Restaurant.
  8. Burger kat Spize The Makan Place – This shop is Mamak Restaurant alike. It is famous for supper place, sebab it’s open until late at nite. Tempat ni jadi tempat orang melepak2. And this place is on the way to my mum house if we travel by bus from Orchard Road. So klau my mum keje & we are so lazy to cook or too tired to walk, kitorang akan singgah kat sini..
  9. Ritz Durian & Apple Shrudel – kat shopping mall.. Singapore Plaza kot..
  10. Nan & Kebab di Usman – Nan kat Usman sangat asli from Pakistan. It soo nipis & just nice kegaringan nyer tu.. Kebab die pun sangat sedap. So juice.. The not so good about this place is, it is located in the Little India, near the Mustafa Shopping Centre. It was too many of people walk outside the restaurant. It is not so pleasant to eat there. But the food still good though.
I remember that, there is one place in Ampang where you can get this type of nan (but not the kebab k..). It is in Jalan Ampang. The stall is beside the music/guitar shop located in front of Ampang Point (the other side of road k.. near the housing area. My uncle old house :P) There is kebab there too, but it just ok.. Better than nothing. Still my favourite stall to eat.. Remember, the stall only open from 6 up until their food finish. I hope the stall still there. It has been long time since my last visit.


Ni laa Sup Tulang Merah

Makan2 kat Newton Hawkers Center

Ice Lemon Tebu



Ayam Bakar Ojolali
   
Shrude'l

Huhu..dah jadi macam blog makan2 lak.. So klau korang datang Singapore, jangan lupe cube makanan yang sedap2 listed kat atas tu k.. next entry kter ke Sentosa Island pulak..

p/s: terasa macam nak makan Lava Choc Cake laa..

01 April 2011

Universal Studio Singapore

It has been 4 years since my mum & dad worked in Singapore. This June, my mum & dad will be going back to KL for good. We will miss Singapore, the house & other few places that we usually go for fun, food & shopping. Let’s share some of my experience back there. We start with the best & worth of money places that you should go in Singapore.

Tak lain tak bukan, it’s the Universal Studio. Last year, during cuti tersepit Awal Muharam, we went to Universal Studio Singapore in Sentosa Island with my sister & her friend – Emi & Shikin, my cousins & her friend – CikTa & Vera & my best friend – Jasri & Farah. Plan dah di buat 2 bulan sebelum nyer. Kitorang dah siap2 beli tiket online sebab dengar kata kalau purchase on the day itself, selalu dah sold out. Kitorang beli tiket kat website ni http://www.rwsentosa.com/Attractions/UniversalStudiosSingapore

Sabtu malam, lepas abes Jasri nyer job kawen kat Kota Tinggi abes, kitorang pun konvoi masuk Singapore. Meeting point nyer kat simpang sebelum masuk kastam. Tapi sebab jalan  kat JB yang agak sesak so kitorang jumpe CikTa & Vera dekat kastam Singapore jer.. Lagipun masa tu CikTa 1st time nak masuk Singapore bawak kereta. So untuk 1st timer, kena laa buat Autopass dulu. Yang diperlukan untuk buat Autopass hanyalah, road tax yang still valid & $10-20 dollar (tak ingat dah.. dah lame sgt buat).

Universal Studio ni di buka setiap hari dari jam 10:00 pagi to 7:00 petang   setiap hari. Harga tiket untuk 1 day pass dalam $66 (lebih kurang RM160) untuk weekday & $72 (RM173) for weekend. Besides that, diorang ade jual express tiket (tak payah beratur panjang untuk masuk each place), 2-day pass & annual pass. Details check kat website dorang k.. huhu.. My advise, if korang pegi during public holiday @ cuti sekolah, please buy the express ticket. Klau tak memang buang masa beratur jer laa..

Kitorang bergerak dari Malaysian High Comm Resident dalam pukul10 dengan menaiki Naza Ria.. huhu.. 9 pax (+ driver).. macam tin sardin kejap.. Papa drop kitorang kat Casino. Lepas amek2 gambar dekat casino & masuk dalam tu sekejap (xmain pun tau..) Kitorang pun naik ke atas, menuju ke Universal Studio. Ramai sangat orang masa tu. Lepas amek gambar kat big globe yang berasap2 tu.. Cepat2 laa kitorang cari line paling pendek untuk beratur masuk.


tengah beratur nak masuk USS

CikTa tengah beratur nak amek free voucher

Lepas masuk, one of us kene beratur lagi untuk dapatkan free voucher untuk makan & souvenir. Sementara tunggu CikTa beratur, others jenjalan kat kedai souvenir di Hollywood Boulevard ni.. Masing2 dalam kepala tengah pikir ape nak di beli sebelum balik kejap lagi.. Bila dah dapat free coupon, the 1st destination kitorang pergi ke Far Far Away untuk tengok Donkey Live. We choose this based on the live show schedule. Untuk certain show, ade timing yang dah ditetapkan.. Klau terlepas, kene tunggu next show. Ok laa Donkey Live.. Bleh menari2 ringan & stretch kan badan.. Preparation for the next journey.

Ramai giler orang.. Camane nak amek gambar nie..
Abes jer Donkey Live, we proceed to Waterworld. On d way tu, we lost Emi & Shikin. In the Waterworld, we watch a few scene from the film. Ade banyak explosion & stunt action lived action masa tu.. Kitorang basah sket mase tu.. Sebab duduk kat bawah (wet area :P) Nasib camera tak masuk air.. Then kitorang masuk Jurassic Park untuk naik Jurassic Park Rapids Adventure, a thrilling river raft ride through primeval dinosaur habitats where you will get wet and possibly soaked. Huhu.. Lama giler kitorang beratur nak naik river raft ni.. Nak dekat 2 jam jugak laa..



Lepas naik ni, kitorang pegi makan kat Oasis Spice Café di Ancient Eqypt. Jauh jugak nak menapak, sebab tak jumpe jalan keluar dari The Lost World tu.. Lepas makan, kitorang split, me & hubby patah balik ke Far Far Away untuk tengok Shrek 4D, then pegi King Julien’s Beach Party-Go-Round (Merry-go-round) kat Madagascar - syiok giler. Lepas amek2 gambar kitorang sambung pegi tengok Steven Spielberg  punye show and Pantages Hollywood Theater (tengok mummy menari).


Shrek Home
 Seronok.. Tak puas, sebab terpegi masa cuti sekolah.. Sangat sesak.. So sesape yang nak pegi sane, jangan lupe bawak kamera & fulus banyak2..

p/s: Adam tak ikut pun. Adam duduk ngan Tok & Toki. Me punye advise, tak payah laa bawak anak bawah 7 tahun. Kesian.. Sebab panas & required a lot of walking activity. Tempat nak duduk tak banyak kecuali dekat food court.

31 March 2011

Nasrin Restaurant

 Last Saturday, after halfday work, we prepare to go back to Singapore to meet my mum & dad. Plan nyer nak beli kain untuk wedding cik Tasha. Kitorang gerak dari rumah dalam pukul 330ptg. Setelah singgah klinik, petrol station, bank & keadaan jalan yang agak sesak, kitorang selamat sampai ke rumah mama dalam pukul 5 lebih.

What’s for dinner? Huhu.. My mum baru lepas balik keje, baru lepas attend function organized by Thailand embassy. So kitorang decide nak makan kat luar jer.. Arab street.. Huhu.. Kitorang memang selalu datang sini. Tapi waktu siang jer laa.. Ni first time me, hubby & Adam pegi Arab st. malam2..

Memula papa bawak pegi satu kedai Morocco kat Arab st ni. Tapi dah takde rezeki sebab makanan kat kedai tu banyak yang dah habis. Then kitorang pergi ke kedai Nasrin. Kedai ni menghidangkan makanan dari Negara Iran. Makanan nyer ala2 Arab jugak, tapi ade sket2 lain..
Ni laa Kebab Koobideh.. Sedap sangat..

Kedai ni di buka dari jam 1130 pagi hingga 300 pagi. Ni memang tempat melepak & happening malam2.. Ramai orang datang & melepak dengan kawan2 sambil hisap Shisha.. hm..bile masuk kedai ni memang macam2 bau asap ade.. dengan decoration, bau Shisha & lagu2 Iran yang dipasang. Rase macam ade kat Iran laks.. huhu..




The owner, Mr Mojtaba Tehranizadeh  was so nice. Mr. Mooshe said, my heart was so feel when I see Adam. Sebab Adam sebaya dan seiras anak bestfriend die. Die siap tunjuk gambar die dukung anak kawan die tu dari dalam wallet die lagi.. huhu.. Anak mama cam orang Iran ker?? :P Heard that, the owner was a former football player for Singapore's very own Sengkang United Football Club. (ni bukan soalan TH tau..)


For dinner malam tu, kitorang makan Kebab Koobideh (Chargrilled ground lamb, mouth watering kebab specially marinated with persian herbs and spices) & Lamb Chop (Lamb chop grilled to perfection served with Iranian rice and char grilled tomato). Untuk minum lak kitorang order Doogh (Yogurt Drink), Milo Ice & Hot tea. For Dessert, kitorang order Konafa.. Actually nak order Baklava, tapi dah abes.. sedih sangat.. dah lame tak makan Baklava.. Hm..me selalu craving for sweets sekarang ni :D Badan pun dah naik.. Nak kene start diet balik nie..

Ni laa Konafa.. not bad.. but Baklava lg best!!
 

So klau nak datang, ni alamat Restaurant Nasrin ni. Ade 3 outlet sekitar Arab street ni. Semua nyer walking distance jer..

Nasrin III
58 Arab Street
Singapore 199755
Tel: (65) 6298 1685

Kampong Glam Shop Houses
Nasrin I
12 Baghdad Street
Singapore 199669
Tel: (65) 6295 1280

Nasrin II
30 Bali Lane
Singapore 189866
Tel: (65) 6291 2330

25 March 2011

Adam nak pegi Treasure Hunting??

Besides sudoku, this is the another thing that mama Adam addicted too.. TREASURE HUNTING!!! Huhu.. Sangat berhantu.. Me dah start treasure hunting ni since 2007. The 1st treasure hunt yg me pegi anjuran Sime Darby, from USJ to Awana Kijal. Mase tu tema nyer, A nite at the Oscar.. Pekerja Sime Darby memang sporting2.. Majoriti datang dress-up ala2 pelakon gitu.. Masa memula masuk tu tak terpikir pun nak menang. Tapi Alhamdullilah, kitorang dapat no. jugak mase tu..




Followed by my 2nd TH by Sime Darby in 2008.. From USJ to Pulai Spring Resort, Johor. Miss my TH's buddies, Aini, Aizun, Rahima & other team yang sharing2 ngan kitorang masa tu. huhu.. Semua dah berpisah menuju ke jalan rezeki masing2 sekarang ni..



Sekarang ni me menumpang TH hubby me jer laa.. Tak kesah laa, janji dapat pegi TH.. Lepas kahwin, ikut TH organized by MISC lak.. Macam dah jadi acara tahunan.. From 2009 - to Impiana Resort Cherating and 2010 - to Gambang Resort City (tgh sarat pregnant 6 months). Yang tak best nyer mase ngah pregnant tu, dorang semua pegi bergembira kat Waterworld Gambang tu.. Tinggal laa me & Adam duk kat bilik tengok tv.. huhu..

End Point - Impiana Resort Cherating ~ 2009

Next month ade TH organised by MISC from KL to Avilion PD.. Huhu.. Harap2 lalu ikut jalan lame yang lalu Nilai tu.. Same route mase Sime Darby nyer TH masa g JB dulu.. Wish me all d best.. Wait for the entry.. Tahun ni me nak amek gambar TH banyak2 sket laa.. Selalu asyik jawab soalan jer.. Tak sempat amek gambar me, asyik amek gambar signboard kedai jer..

Adam mesti pandai jawab soalan TH kan, sebab mama dah trained dari dalam perut lagi.. hehe.. Tahun ni kter mesti jawab semua soalan betul k.. Chiayok2..
Ok laa, me nak g study soalan2 TH ngan Adam laa.. :D

23 March 2011

Contest gambar kawen yang anda paling suka



Tagged by Chempakamummylicious.. Jom masuk contest!! klik sini..

Selepas mematuhi semua syarat2.. me pun buat laa entry untuk contest ni..


So, ni gambar yang me pilih.. Gambar ni di ambil di Palace of Justice, Putrajaya selepas majlis perkahwinan kami. Tiga anak dara yang ade dalam pic ni are my little sis, Emi & my cousins, Nadja & Nabila.. Kenape ek dorang ade gambar ni.. Me pun tak ingat.. Rase nyer dorang ni memang suke posing2 & cari glamour.. Atau mungkin jugak kejar photog kitorang.. hahaha..

Me so love this pic. Aksi nyer macam dorang ni tak merelakan me kawen. Especially adik me yg baju coklat tu.. hehe.. siap demam lagi mase me kawen..

Another beautiful thing in this pic is the dress yang me pakai tu. kain dress tu nyer bought by my mum sebelum there is any plan on my wedding. Mama cakap, mama rase macam anak mama ni kawen pakai baju purple laa.. Me tak plan pun nak buat baju untuk majlis bersanding. Sebab nanti nak kene match dengan baju hubby lagi.. Then, kitorang decide untuk buat purple dress untuk majlis potong cake & outdoor. Hubby pakai kot ajer laa. So, there was the dress, cut n sew by Miran.



The 2nd pic ni, mase majlis reception kat umah hubby di Seremban. Me memang dah agak dah ade acara baling beras + gula-gula & duit syiling ni. Me selalu tengok masa majlis kawen kat johor. So mase majlis kawen me hari tu me memang harap2 ade acara ni.. hehe.. hubby me sebenar nyer orang Johor, tapi menetap kat Seremban sekarang sebab my MIL jadi pengetua kat sane. Tengok laa muke pengatin tu, happy macam budak-budak kan.. hehe.. seronok sangat mase tu.. yelaa, bukan selalu bole baling2 gula2 kat orang.. hahaha..

Finally, Tag 3 rakan:
Moon (my photog ms Berinai)
& sape2 yang baca entry ni..

Cepat join.. Tarikh tutup 24 April 2011..

20 March 2011

What's In Your Fridge? Tag from Chempakamummylicious




What's in my fridge.. huhu.. As of today, memang tengah banyak stok makanan.. Sebab minggu lepas sangat2 rajin membeli, pantang nampak ikan fresh :D huhu.. masak tak pun..

Let's start..

1. Do you cook for your family?
A Yes
B No

2. How do you mostly decide on what dishes to cook everyday?
A I have dishes/ recipes that I just rotate every week or month
B decide based on what I already have in the fridge/ kitchen on that day
C decide by asking my family what they want to eat everyday

3. What do you always stock in your fridge or in your kitchen – this refers to items you must have and will definitely buy/ restock if you run out of it? (Raw/ Fresh Ingredients)
A Chicken
B Fish
C Prawns (fresh)
D Beef (Daging)
E Sausages (~kadang2)
F Fishballs / fish cake (~kadang2)
G Taufu (Beancurd)
H Eggs 
 
4. What do you always stock in your fridge or in your kitchen – this refers to items you must have and will definitely buy/ restock if you run out of it? (Dry Ingredients)
A Chilies – Dry or fresh
B Onions – Big or Small
C Garlic
D Ginger
E Tumeric (Kunyit)
F Belacan
G Mushroom (Any type)
H Dry Shrimp (Udang Kering)
I Ikan Bilis

5. What do you always stock in your fridge or in your kitchen – this refers to items you must have and will definitely buy/ restock if you run out of it? (Vegetables)
A Carrot
B Tomatoes
C Cucumber
D Potatoes
E Cabbage (Kobis)
F Cauliflower (Bunga kobis)
G Mustard (Sawi)
H Celery (Daun celery)
I Salted Vegetables

6. What do you always stock in your fridge or in your kitchen – this refers to items you must have and will definitely buy/ restock if you run out of it? (Other Ingredients)
A Lemongrass (Serai)
B Curry leaves (Daun kari)
C Pandan leaves (Daun pandan)
D Asam Jawa (fresh or paste)
E Coconut Milk
F Tempoyak (best nyer klau selalu ade stok dlm peti es.. Tokkkk..nak tempoyak sket :D)
G Budu
H Fermented beancurd (Taucu)
I Mayonnaise
7. Do you make chili paste yourself at home? This refers to chili (maybe with onion/ garlic etc.) that you blend or pound yourself, and then store in a container in the fridge – to use whenever you need to cook.
A Yes
B No

8. How often do you make this chili paste?
A Almost everyday
B 3 - 4 times a week
C 1 – 2 times a week
D Once in 2 weeks
E Once in 3 weeks
F Once a month
G Less often than once a month
H I do not make chili paste myself at home

DONE!! If you get the same email like this, what would you answer? Share with me!!

I would like to tag my beloved bloggers and friends to participate in this survey. Lets see what's in your fridge then..

18 March 2011

Adam's Journey

Sekejap jer rase, Adam dah nak 7 bulan minggu depan. Bile dukung Adam, macam tak caya jer tu Adam yang sama yang mama bawak balik dari hospital dulu. Tiny & helpless little guy :D Adam dah besar kan.. Mama rindu Adam yang kecik, rambut lebat & tombam dulu la.. Bile nangis merah satu muke..

So cute, bile tengok Adam explore macam2.. Walaupun achievement Adam tu nampak kecik, tapi satu kebanggaan yang amat besar bagi mama. I'm so proud of you.. Huhu.. Selain pandai guling2 dan mengesot, Adam dah pandai basuh tangan sendiri lepas mamam.. Mama ajar 2x jer, lepas tu Adam dah pandai letak tangan bawah air bile mama bukak paip kat dapur.

Dah lama mama nak buat entry ni, tapi disebabkan sibuk dengan kerja, sibuk main ngan Adam, sibuk shopping, sibuk jenjalan, so tertangguh laa plan mama nak record semua achievement anak bujang mama ni.. Sekarang, setelah seminggu mama kumpulkan semua record achievement Adam ni, dapat laa mama post kan k sayang..

A few collection of my little Adam..
Akhir nyer berjaya jgk snap pic Adam senyum ms kcik ni..

Kesian Adam masuk hospital sensorang
Tombam nyer anak mama.. Geram!!

Adam & Lalat

Besar nyer sudu... Kecik nyer mulut.. :D




Nak adik dah ker??

 Other Adam's achievement:-
  • First time warded - 30/08/2010  
  • First Smile - 05/09/2010
  • First time balik Bangi (umah Tok & Toki) - 09/10/2010
  • First day at Daycare - 21/10/2010
  • First time pergi Jusco - 24/10/2010
  • First time pergi Singapore (umah Tok & Toki) - 14/11/2010
  • First vacation – pergi Desaru - 05/11/2010
  • First time balik Seremban (umah Nenda) - 16/11/2010
  • First Time pergi MidValley - 17/11/2010
  • First time angkat mainan - 02/12/2010
  • First time successful roll over - 16/12/2010
  • First solid food - 19/12/2010
  • First helicopter experience - 02/01/2011
  • First time balik Kuantan (umah Nyang) - 09/01/2011
  • First time Adam pandai bercerita - 16/01/2011
  • First time kaki masuk mulut - 19/02/2011
  • First time pakai cloth diaper - 22/01/2011
  • First time travel to Perak - 03/02/2011
  • First time tengok mesin jahit - 07/03/2011

16 March 2011

16 hours to go..

Something happened on last Tuesday.. I hope that everything will be fine.. Need to go through 16 hours more.. I promise that I will never leave you out of my sight again.


View Image

11 March 2011

Klinik Pakar JB laks..

Lepas balik dari Seremban hari tu, demam Adam dah berkurang, tapi muka & badan Adam naik rashes.. Taska Adam kol, sebab suspect Adam kene demam campak / measles. Memang mama perasan malam semalam, tapi lepas lap2 dengan air, macam dah hilang. Tapi sebab risau sangat dengan effect2 dari demam campak, lepas baca kat internet td, mama trus balik, amek Adam kat taska & bawak Adam pegi jumpe doktor.

Kitorang bawak Adam pergi Klinik Pakar Kanak-kanak Lee kat Taman Johor Jaya, JB. Ni 2nd experience mama bawa Adam jumpe specialist. Doktor Lee ni, tanya macam2. Die record cronology sakit Adam dari 1st day Adam demam masa kat Singapore hari tu. Babah Adam cakap, Die diagnose Adam macam CSI laa.. hehe.. Agak lama jugak Dr. Lee dengar breathing Adam. Dan hasil nyer agak mengerikan jugak..

Hm..doktor cakap ade mucus dalam paru2 Adam.. Sebab tu die susah nak bernafas.. Kesian Adam.. Mama cam nak nangis dah. Tapi tabah kan jer laa hati sebab Adam active jer.. Doktor cakap Adam tak kena campak pun, this is just normal rashes. Mungkin allergy atau heat rash. Rashes ni tak bahaya, kahak dalam lungs die lagi bahaya. So kter akan treat tu dulu k.. Rashes will come & go..

Sebab Adam dah lama demam & dah makan macam2 ubat, So doktor tu bagi ubat back tu start balik.. Die cakap kter treat selsema hidung die dulu k.. Next week, awak datang, kter cek balik & treat tekak & cough die pulak. Lepas tu die tambah antibiotik sebab Adam dah lama sangat sakit.

Lepas keluar dari bilik doktor tu masing2 senyap jer.. Dalam kepala mesti pikir macam2 kan.. hm.. Chesu yang duk kat luar pun cam panik.. Kenapa lama? Mama cakap, takde pape.. Biase jer.. Walaupun keadaan Adam agak serius, tapi kitorang tak bagitau Tok & Toki Adam or family yang lain pun.. Tak nak orang lain risau.. Paling2 Toki Adam tu.. It still secret (sbb Toki tak baca blog pun :P) Mama malas nak bersoal jawab.

By today, Adam dah banyak improve. Walaupun Adam still batuk berkahak, tapi hidung Adam dah tak berair dah. Rashes pun dah hilang entah ke mane :P Selera makan Adam dah bertambah. Susu pun dah banyak minum. But Adam still kene makan ubat on time. Thanks to Tok Adam (my mummy) & Chesu sebab datang jaga Adam. Mama terpakse kerje cari duit laa sayang :D Pesanan untuk Chesu, jangan ajar Adam panggil u Mama tau.. Nnt balik kan I babap u..

Tak sabar tunggu next week untuk follow up dengan Dr. Lee.

*Milestone: Semalam Adam dah pandai mengesot2.. Dulu lambat cam ulat, sekarang laju cam askar merangkak bawah dawai jer.. hehehe...

10 March 2011

Klinik Pakar Bayi & Kanak-kanak Dr. Bee

Kitorang tau pasal klinik from internet. Cube korang search laks.. hehe.. Klinik baby ni agak famous kat Seremban.. Ingat nak g klinik biase, tapi klinik lain semua tutup. Nasib baik klinik ni buka. Klinik ni terletak kat Jalan Dr. Krishnan, dekat Bandar Seremban. Hari Ahad, dorang bukak dari jam 9 pagi. Kitorang sampai dalam pukul 10 lebih. Agak lama jugak tunggu masa tu.. Sebab sepatut nyer kene buat appointment. Mama dah try kol pagi tu, tapi line klinik ni memang selalu engaged. So tak dapat laa buat appointment.

Masa kitorang sampai2 klinik tu, dah ramai laa patient yang tengah tunggu turn nak jumpe doctor. Doktor Bee a.k.a doctor yang famous tu dah fully booked sampai petang. So sebab emergency, kitorang jumpe laa Dr. Wan Azman. 2nd doctor yang bertugas kat klinik tu.

Patient2 lain kat klinik tu semua nyer friendly & happy jer.. Walaupun masing2 ade anak yang kurang sihat. Cina, Melayu, India semua ade. Bile duduk menunggu tu takde laa tension sangat sebab ramai jugak baby lain yang tak sihat macam Adam.. Yang kesian nyer bile tengok budak2 & babies menunggu nak amek nebulizer..

Dalam pukul 12 lebih baru sampai turn kitorang jumpe doctor. Doktor Azman bagi Adam ubat bontot supaya demam Adam cepat turun. Die cakap klau ubat makan lambat sket nak berkesan. Doktor cakap Adam kene jangkitan kuman biase, So tak perlu antibiotic. Doktor bagi ubat kahak, batuk, demam & sakit tekak biase jer..

Ubat kat klinik pakar baby ni lain dari klinik yang kitorang biase pergi. Ubat2 yang ade kat sini kebanyakan nyer memang takde alcohol. (klau nak tahu ubat yang ade alcohol, selalu nyer ade OL kat belakang name ubat tu. Cth macam Ventamol- ubat kahak untuk asmarian, tapi kat klinik baby ni dorang ade Ventalyn – ubat kahak utk young asmarian). So memang senang jer rasa hati bile nak bagi Adam makan ubat.

Dari pembacaan aku, ubat untuk demam & tahan sakit selalu nyer paracetamol laa.. Tak sure lak klau ade yang lain. Dan dalam banyak2 ubat, ubat demam ni laa yang paling bahaya skali.. So, ibu-ibu semua, elakkan laa bagi klau tak perlu.

Kitorang ingat ker caj mahal laa sebab jumpe doctor pakar kan. Dah siap bawak kuar duit ratus2 dah.. Tapi rupe nyer kat klinik Dr. Bee ni tak laa semahal mana.. Kitorang kene caj dalam RM43 jer.. Ok kan.. hehe.. Next time, klau ade pape, kitorang plan nak jumpe Dr. Bee tu.. Dr Bee tu muke die cerah & ceria jer. Mungkin sebab tu ramai patient suke.

D E M A M B A T U K S E L S E M A

Jumaat lepas 25/2/2011 kami balik ke rumah tok Adam kat Singapore. Ntah macamane Adam kene demam selsema.. Hidung berair jer.. Ubat lak mama tak bawa, sebab Adam dah lama jugak tak sakit.. On Saturday, 26/2/2011, Adam genap 6 months.. Mama rasa Adam demam sebab nak tukar bulan kot..(Mitos orang2 tua :P) On Sunday tu ingat nak bawak Adam pegi klinik kat Singapore ni, tapi sampai2 ramai sangat pesakit nyer.

Petang baru ade kosong. So 2nd plan, kitorang pun pegi laa pharmacy kat sane. Tiba-tiba kitorang jadi kagum lak. Sebab nyer banyak betul pilihan ubat2 untuk baby kat Singapore ni. Semalam masa keluar, babah dah beli panadol kids (yg ade gambar penguin tu)  untuk Adam. Tapi bile sampai pharmacy ni, ade jual panadol special untuk baby.. sukatan ikut bulan.. hm..kagum2.. Tapi mama tak beli pun. Pharmacist kat situ advise untuk beli Calpol (ubat demam) & Prospan (untuk selsema). Balik tu, terus bagi Adam makan ubat. By Monday, mama amek cuti jaga Adam sebab nak pastikan Adam betul2 dah baik.. Alhamdullillah, demam Adam dah ilang. Tinggal selsema sket jer..




* CALPOL® Infant Suspension contains Paracetamol, can be used in infants from 2 months old (weighing over 4kg and not premature).


* Prospan chesty cough relief - Prospan's ivy leaf extract provides proven cough relief. Prospan helps clear mucus from the airways, resulting in reduced coughing. 0-2 yrs 2.5ml ............. 2 times per day

Tapi lepas Adam baik demam & selsema, tiba2 penyakit batuk lak datang. Siap dengan kahak lagi.. Adam mula laa tak selera minum susu.. Hm.. So, ari Khamis 3/3/2011, mama bawak Adam g Klinik Taman Daya dekat rumah ni.. Doktor bagi Adam sedut nebulizer & bagi Adam ubat batuk, kahak & sakit tekak. Kesian Adam, nangis2 masa kene sedut gas tu.. Hm..nak buat macamane.. Tabah kan jer laa hati ni.. Doktor cakap pernafasan Adam not so good. Malam lepas balik dari klinik tu Adam demam. Esok nyer, Jumaat, mama cuti lagi jaga Adam.. Mama bagi ubat demam yang dah ade kat umah jer, sebab semalam Adam tak demam pun. So doctor memang tak bagi Adam ubat demam.
Malam Jumaat tu kitorang balik Seremban, sebab ingat Adam dah ok. Masa tu badan die response laa pada semua ubat. Ntah macamane, hari Sabtu tu Adam demam panas. Bila bagi ubat, panas tak turun sangat pun. Kalau basah kan badan, sekejap jer turun. Masa tu Adam memang dah tak pakai baju dah.. Pakai pampers jer.. Yang jadi makin teruk, bila bagi ubat batuk & kahak, Adam muntah balik. So batuk kahak Adam jadi makin teruk.
Malam tu mama tak tidur jage Adam.. Adam susah nak tidur sebab badan panas.. Hm..Pagi-pagi hari Ahad tu (6/3/2011), kitorang bawak Adam pegi klinik jumpe doktor. Lepas tu.... Sambung kat next entry k..