16 February 2011

Birthday

Hari ni 16 February 2011, birthday Babah a.k.a my hubby, Shah Mohd Firdaus yang ke 28. Happy Birthday sayang.. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik selalu. emmmmuahs3x.. hehe.. (cam dolu2 laks). Sempena birthday my hubby, tengahari semalam kitorang pegi makan besar. Huhuhu… Kitorang pilih Restoran Indonesia di Taman Desa Cemerlang, sebab kedai ni antara kedai makan siang yang best & makanan nyer agak unik sket. Kedai ni ada banyak cawangan di JB. Tapi klau korang search internet nak cari kedai makan ni, memang tak jumpe. Sebab nyer bile dalam internet dorang guna name Indonesia Corner Fast Food Restaurant. Kalau nak tau lebih lanjut, klik kat sini http://www.icff.com.my/. Tapi jangan kecewa lak bila masuk website ni. Sebab dorang lebih banyak promote catering services rather than dorang punya restaurant. Rupa nyer restaurant ni penah masuk NST dolu2, http://www1.nst.com.my/JohorBuzz/Tuesday/Stories/20090728074928/Article/

Kitorang order Ayam Kapalasan, Udang goreng Nestum (sangat2 sedap), Otak-otak, Sayur Kailan & my favourite Tauhu Telur. Lepas tu hubby tambah nasi goreng Nenas, saje jer nak rase. Untuk Dessert pulak kitorang order Tapioca (sebenar nyer nak order Mango… tapi dah abes) & air Limau + Asam Boi & Jus Mangga. Portion makanan kat sini macam agak besar, sesuai untuk 3-4 org untuk 1 jenis lauk. So memang tak abes laa kitorang makan.. Ape lagi, tapau laa untuk dinner.. hehehe…

Restoran  Indonesia


Tapioca a.k.a Ubi Kayu Sira Gula

Air Limau + Asam Boi & Air Mangga

Udang Nestum.. nyum2.. sedap sgt2

Otak2.. sepinggan RM10..

Ayam Kapalasan

Tauhu Telur (size kecik)

Nasi Goreng Nenas + Botol Susu Adam :P

No comments: