11 March 2011

Klinik Pakar JB laks..

Lepas balik dari Seremban hari tu, demam Adam dah berkurang, tapi muka & badan Adam naik rashes.. Taska Adam kol, sebab suspect Adam kene demam campak / measles. Memang mama perasan malam semalam, tapi lepas lap2 dengan air, macam dah hilang. Tapi sebab risau sangat dengan effect2 dari demam campak, lepas baca kat internet td, mama trus balik, amek Adam kat taska & bawak Adam pegi jumpe doktor.

Kitorang bawak Adam pergi Klinik Pakar Kanak-kanak Lee kat Taman Johor Jaya, JB. Ni 2nd experience mama bawa Adam jumpe specialist. Doktor Lee ni, tanya macam2. Die record cronology sakit Adam dari 1st day Adam demam masa kat Singapore hari tu. Babah Adam cakap, Die diagnose Adam macam CSI laa.. hehe.. Agak lama jugak Dr. Lee dengar breathing Adam. Dan hasil nyer agak mengerikan jugak..

Hm..doktor cakap ade mucus dalam paru2 Adam.. Sebab tu die susah nak bernafas.. Kesian Adam.. Mama cam nak nangis dah. Tapi tabah kan jer laa hati sebab Adam active jer.. Doktor cakap Adam tak kena campak pun, this is just normal rashes. Mungkin allergy atau heat rash. Rashes ni tak bahaya, kahak dalam lungs die lagi bahaya. So kter akan treat tu dulu k.. Rashes will come & go..

Sebab Adam dah lama demam & dah makan macam2 ubat, So doktor tu bagi ubat back tu start balik.. Die cakap kter treat selsema hidung die dulu k.. Next week, awak datang, kter cek balik & treat tekak & cough die pulak. Lepas tu die tambah antibiotik sebab Adam dah lama sangat sakit.

Lepas keluar dari bilik doktor tu masing2 senyap jer.. Dalam kepala mesti pikir macam2 kan.. hm.. Chesu yang duk kat luar pun cam panik.. Kenapa lama? Mama cakap, takde pape.. Biase jer.. Walaupun keadaan Adam agak serius, tapi kitorang tak bagitau Tok & Toki Adam or family yang lain pun.. Tak nak orang lain risau.. Paling2 Toki Adam tu.. It still secret (sbb Toki tak baca blog pun :P) Mama malas nak bersoal jawab.

By today, Adam dah banyak improve. Walaupun Adam still batuk berkahak, tapi hidung Adam dah tak berair dah. Rashes pun dah hilang entah ke mane :P Selera makan Adam dah bertambah. Susu pun dah banyak minum. But Adam still kene makan ubat on time. Thanks to Tok Adam (my mummy) & Chesu sebab datang jaga Adam. Mama terpakse kerje cari duit laa sayang :D Pesanan untuk Chesu, jangan ajar Adam panggil u Mama tau.. Nnt balik kan I babap u..

Tak sabar tunggu next week untuk follow up dengan Dr. Lee.

*Milestone: Semalam Adam dah pandai mengesot2.. Dulu lambat cam ulat, sekarang laju cam askar merangkak bawah dawai jer.. hehehe...

10 March 2011

Klinik Pakar Bayi & Kanak-kanak Dr. Bee

Kitorang tau pasal klinik from internet. Cube korang search laks.. hehe.. Klinik baby ni agak famous kat Seremban.. Ingat nak g klinik biase, tapi klinik lain semua tutup. Nasib baik klinik ni buka. Klinik ni terletak kat Jalan Dr. Krishnan, dekat Bandar Seremban. Hari Ahad, dorang bukak dari jam 9 pagi. Kitorang sampai dalam pukul 10 lebih. Agak lama jugak tunggu masa tu.. Sebab sepatut nyer kene buat appointment. Mama dah try kol pagi tu, tapi line klinik ni memang selalu engaged. So tak dapat laa buat appointment.

Masa kitorang sampai2 klinik tu, dah ramai laa patient yang tengah tunggu turn nak jumpe doctor. Doktor Bee a.k.a doctor yang famous tu dah fully booked sampai petang. So sebab emergency, kitorang jumpe laa Dr. Wan Azman. 2nd doctor yang bertugas kat klinik tu.

Patient2 lain kat klinik tu semua nyer friendly & happy jer.. Walaupun masing2 ade anak yang kurang sihat. Cina, Melayu, India semua ade. Bile duduk menunggu tu takde laa tension sangat sebab ramai jugak baby lain yang tak sihat macam Adam.. Yang kesian nyer bile tengok budak2 & babies menunggu nak amek nebulizer..

Dalam pukul 12 lebih baru sampai turn kitorang jumpe doctor. Doktor Azman bagi Adam ubat bontot supaya demam Adam cepat turun. Die cakap klau ubat makan lambat sket nak berkesan. Doktor cakap Adam kene jangkitan kuman biase, So tak perlu antibiotic. Doktor bagi ubat kahak, batuk, demam & sakit tekak biase jer..

Ubat kat klinik pakar baby ni lain dari klinik yang kitorang biase pergi. Ubat2 yang ade kat sini kebanyakan nyer memang takde alcohol. (klau nak tahu ubat yang ade alcohol, selalu nyer ade OL kat belakang name ubat tu. Cth macam Ventamol- ubat kahak untuk asmarian, tapi kat klinik baby ni dorang ade Ventalyn – ubat kahak utk young asmarian). So memang senang jer rasa hati bile nak bagi Adam makan ubat.

Dari pembacaan aku, ubat untuk demam & tahan sakit selalu nyer paracetamol laa.. Tak sure lak klau ade yang lain. Dan dalam banyak2 ubat, ubat demam ni laa yang paling bahaya skali.. So, ibu-ibu semua, elakkan laa bagi klau tak perlu.

Kitorang ingat ker caj mahal laa sebab jumpe doctor pakar kan. Dah siap bawak kuar duit ratus2 dah.. Tapi rupe nyer kat klinik Dr. Bee ni tak laa semahal mana.. Kitorang kene caj dalam RM43 jer.. Ok kan.. hehe.. Next time, klau ade pape, kitorang plan nak jumpe Dr. Bee tu.. Dr Bee tu muke die cerah & ceria jer. Mungkin sebab tu ramai patient suke.

D E M A M B A T U K S E L S E M A

Jumaat lepas 25/2/2011 kami balik ke rumah tok Adam kat Singapore. Ntah macamane Adam kene demam selsema.. Hidung berair jer.. Ubat lak mama tak bawa, sebab Adam dah lama jugak tak sakit.. On Saturday, 26/2/2011, Adam genap 6 months.. Mama rasa Adam demam sebab nak tukar bulan kot..(Mitos orang2 tua :P) On Sunday tu ingat nak bawak Adam pegi klinik kat Singapore ni, tapi sampai2 ramai sangat pesakit nyer.

Petang baru ade kosong. So 2nd plan, kitorang pun pegi laa pharmacy kat sane. Tiba-tiba kitorang jadi kagum lak. Sebab nyer banyak betul pilihan ubat2 untuk baby kat Singapore ni. Semalam masa keluar, babah dah beli panadol kids (yg ade gambar penguin tu)  untuk Adam. Tapi bile sampai pharmacy ni, ade jual panadol special untuk baby.. sukatan ikut bulan.. hm..kagum2.. Tapi mama tak beli pun. Pharmacist kat situ advise untuk beli Calpol (ubat demam) & Prospan (untuk selsema). Balik tu, terus bagi Adam makan ubat. By Monday, mama amek cuti jaga Adam sebab nak pastikan Adam betul2 dah baik.. Alhamdullillah, demam Adam dah ilang. Tinggal selsema sket jer..




* CALPOL® Infant Suspension contains Paracetamol, can be used in infants from 2 months old (weighing over 4kg and not premature).


* Prospan chesty cough relief - Prospan's ivy leaf extract provides proven cough relief. Prospan helps clear mucus from the airways, resulting in reduced coughing. 0-2 yrs 2.5ml ............. 2 times per day

Tapi lepas Adam baik demam & selsema, tiba2 penyakit batuk lak datang. Siap dengan kahak lagi.. Adam mula laa tak selera minum susu.. Hm.. So, ari Khamis 3/3/2011, mama bawak Adam g Klinik Taman Daya dekat rumah ni.. Doktor bagi Adam sedut nebulizer & bagi Adam ubat batuk, kahak & sakit tekak. Kesian Adam, nangis2 masa kene sedut gas tu.. Hm..nak buat macamane.. Tabah kan jer laa hati ni.. Doktor cakap pernafasan Adam not so good. Malam lepas balik dari klinik tu Adam demam. Esok nyer, Jumaat, mama cuti lagi jaga Adam.. Mama bagi ubat demam yang dah ade kat umah jer, sebab semalam Adam tak demam pun. So doctor memang tak bagi Adam ubat demam.
Malam Jumaat tu kitorang balik Seremban, sebab ingat Adam dah ok. Masa tu badan die response laa pada semua ubat. Ntah macamane, hari Sabtu tu Adam demam panas. Bila bagi ubat, panas tak turun sangat pun. Kalau basah kan badan, sekejap jer turun. Masa tu Adam memang dah tak pakai baju dah.. Pakai pampers jer.. Yang jadi makin teruk, bila bagi ubat batuk & kahak, Adam muntah balik. So batuk kahak Adam jadi makin teruk.
Malam tu mama tak tidur jage Adam.. Adam susah nak tidur sebab badan panas.. Hm..Pagi-pagi hari Ahad tu (6/3/2011), kitorang bawak Adam pegi klinik jumpe doktor. Lepas tu.... Sambung kat next entry k..