28 April 2011

Treasure Hunt KL-PD


Last weekend, kitorang pergi treasure hunt, organized by my hubby's company sports club (MISC Berhad). So pagi2 lagi mama dah siapkan barang2 semua, siapkan Adam & kejut baba a.k.a driver untuk hari ni.. huhu.. Adam tak mandi pun pagi tu.. Cejukkk. Takut Adam demam :P Dengan mata yang masih terpejam, Adam follow mama & baba bergerak ke tempat flag off iaitu bangunan Dayabumi. Kitorang sampai dayabumi dalam pukul7. Sampai2, mama dukung laa Adam nak ke tempat organizer untuk amek T-shirt & sticker kereta. Turun2 jer kereta, Adam terjaga.. Tak berkelip Adam tengok bangunan Dayabumi tu.. Siap mulut terbukak lagi.. huhu.. Jakun sungguh Adam pagi tu.. haha.. Tu laa first time Adam tengok bangunan tinggi2..

Lepas dah dapat baju & tampal sticker kereta, mama sempat suap Adam biskut utk breakfast. Baba lak makan breakfast yang organizer dah sediakan.. Mama ade burger McD dalam handbag.. sempat pau baba kat sungai besi tadi.. nyum2.. Tapi tak tau bile nak makan.. kene dulukan hubby & little Adam dulu..

By 745am, ade briefing sket oleh En. Fuad Dahlan, selaku organizer & otai dalam TH industry.. Orang sibuk dengar briefing, mama kat belakang makan burger McD (sausages mcMuffin + egg).. Tahun ni gambar briefing tak cantik sebab buat kat bawah bangunan coz hujan..

Lepas tu masing2 bergerak ke kereta untuk flag off. Route TH tahun ni dekat jer, dari KL-PD. Tapi yang mencabar nyer, dorang buat 3 parts & kene abes kan dalam mase yang singkat. So, time management sangat2 penting.. Check point Part 1 di RNR Nilai from 9.30 to 11am, part 2 di Restoran Sri Puteri, Nilai from 11am to 12.30pm & part 3 di Avillion PD itself from 1pm to 2.30pm. Soalan for the next part will be given when we submit the previous part.

ape yang penting.. kerjasama :D Baba & teamate, Wan Zamir
Mama dah budget, soalan kat Nilai mesti tough.. Sebab dah terkene dulu mase join TH Sime Darby. Mase tu pun ade stail part2 ni.. Memang hampir2 kene penalty.

Soalan untuk part 1 di Bandar Baru Bangi. Memula, memang kitorang mendahului yang lain. Tapi time 3 soalan terakhir kat Bandar Baru Bangi tu kitorang sangkut lama.. Sebab direction tulip yang diberikan tu pun agak mengelirukan. Nasib ade group otai yang sudi tunjuk direction kat kitorang.. huhu.. Dari 3 soalan ni, 2 soalan kitorang salah jawab. Ni laa soalan nyer..

Q12. Your routine has an edge with advertisement

your routine = Lifestyle
pastu xtau laa camane bole dapat vantage tu :D (nnt dah dpt i update)

Answer - Vantage Lifestyle

Q13. Sweet delicacy a party takes a crack at
Hint = Sweet delicacy
A party = PAS
Crack = TRY

Answer - Pastry @ Restoran xxxx
Dari Bandar Baru Bangi, kitorang bergerak ke Nilai, tempat tu sama jer dengan tempat masa TH Sime Darby dulu, tapi soalan tak same.. Kitorang amek mase yang agak lame jugak. Sebab jawapan untuk salah satu soalan kat situ kecik jer.. tapi nasib baik jawab betul. By 12.00pm kitorang dah bergerak ke check point 2 di Restoran Sri Puteri, Nilai. Nasib kitorang gerak awal, sebab restoran tu selepas pekan Nilai. Masa tu, jalan jam pulak. Cepat2 kitorang kol kawan2 yang tak gerak lagi supaya bergerak.. Kang tak pasal2 disqualified laks.. Tak syok lak klau menang tanpa bertanding :D

Ni laa Restoran Sri Puteri, checkpoint 1. Dah laa jln jammed, hujan lak tu.. Nsb kitorang on time..
Part 3 lak di Port Dickson. Untuk 5 soalan terakhir tu kitorang jawab selepas pukul 2.30pm. Kitorang pilih untuk proceed jawab sebab soalan2 last tu agak senang jugak. Dari dalam kereta dah bleh jawab, so memang tinggal nak cari kedai jer.. Kecuali soalan yang ke 4 last tu.. Ni laa soalan nyer..

Q32. Heard you need to leave for new MISC crate
heard you = u
need to leave = annual leave = al
new = anagram rearrange
u + al + misc = musical
Crate = Box

Answer - Musical Box

Kesimpulan dari TH kali ni.. Kadang2 kitorang memang boleh jawab, tapi tak jumpe cari kat kedai.. Soalan custom made a.k.a yang ade 'MISC' agak susah.. Kebolehan untuk menjawab soalan treasures sangat2 perlu ditingkatkan. (memang tahap kritikal..)

Alhamdullilah tahun ni kitorang semua selamat sampai & dapat no.6 out of 8 untuk kategori Open. So tahun depan still kene duduk dalam kategori open jugak. Kitorang dapat 118/150 marks, rendah sket dari tahun lepas.. Tapi tak per sebab tahun lepas soalan senang sangat.. Tahun ni memang mencabar kebolehan kitorang.. :P

p/s: Fuad Dahlan pesan, jangan risau kalau jawab soalan TH tak betul, sebab orang yang boleh jawab soalan TH betul sebenar nyer tak betul..

Bile nak abes ni mama.. ~Pancaran mata kasih dari Adam..

Wah..syiok nyer duk hotel.. Model tak rasmi Avillion PD


One happy family.. kat tepi pantai ni.. tapi xnampak pantai pun.. hahaha..
 
Spiderman return.. Adam masa dinner malam tu..

26 April 2011

~ Welcome to Muhammad Khalif ~



Welcome to Muhammad Khalif..

Ni laa sepupu Adam yang baru lahir!!
Comel sangat.. Kecik2 dah pandai senyum..
Geram.. rase nak gigit2 jer..

Details:
Name: Muhammad Khalif bin Muhammad Adziim
Gender : Boy
Birth Of : Nurul Hezlin
Date of Birth : 14 April 2011 @ 8.30am
Place of Birth: Hospital Pantai, Kuala Lumpur
Weight: 2.75 kg


Khalif with Mummy
 
Khalif tidur dengan Daddy :D


Khalif with Abg Adam.. ~cepat2 laa besar.. nnt kter bleh main same2..
   

25 April 2011

Incek Adam dah sihat~

Alhamdullilah, Adam dah sihat kembali. Seronok sangat bangun pagi tadi & tak dengar bunyi kahak langsung. Semoga Adam sentiasa sihat selalu.. Dah lame tak update blog, sebab nyer Incek Adam jatuh sakit.

Adam tak demam & selsema pun. Tiba-tiba ari Selasa hari tu, lepas amek dari Taska, Adam berkahak & hidung berair jer.. Malam tu, dari pukul 12.00 sampai ke pagi Adam nangis jer sebab tak boleh minum susu & tidur.. Sian anak mama.. Petang esok nyer, mama bagi Adam ubat selsema, untuk keluarkan kahak Adam. Tapi takde effect ape2 pun.. Malam tu, jadi lagi. Nasib mama dah stand by Ventamol (terpakse bagi sebab Ventolin dah abes :P). Pas bagi ventamol, baru Adam respond. Adam dah bole breathing dengan selesa. So dapat laa Adam tidur malam tu. Tapi dalam pukul 4 pagi Adam bangun sebab lapar. Nak minum susu tak bole, sebab kahak pekat lagi.. Pas mama dukung Adam kejap. Baru mama bagi Adam susu..

Pagi nyer, mama pun bawak Adam ke klinik. Mama dah blacklist kan dah klinik pakar kanak-kanak lee kat johor jaya ni.. Sebab nyer masa mama bawak Adam, doktor tu cakap Adam takde ape2.. Die cakap, klau Adam tak mau minum susu pujuk laa sket.. Huhu.. bengang giler..

Balik dari klinik tu Adam buat perangai pulak.. Tak mau duduk dalam car seat.. Lepas tu die nak tdur peluk mama.. huhu.. Sape lak yang nak drive.. Sudah nyer, mama drive sambil pangku Adam.. Nasib semue nyer ok.. kitorang selamat sampai rumah tanpe kene tahan polis :P


Tengahari tu, baba balik rumah, nak bawak Adam g klinik lain lak.. Kitorang g klinik Pertama kat Johor Jaya pulak as recommended by kawan office baba. Klinik ni agak oldskool, tapi semue nyer masih kemas & bersih. Doktor tu preskrip Adam dengan Ventalin, ubat alahan, selsema & demam untuk back up. Alhamdullilah, Adam respond pada semua ubat2 tu.. And pagi ni, semua kahak dah hilang.. Tamat laa hari2 ding dong mama ( huhu.. sebab bermalam2 tak cukup tidur..)

p/s: Thank you to Tok Adam sebab datang support a.k.a tolong jaga Adam :D